Juri pertandingan julung kali anjuran Utusan Melayu (M) Berhad melalui Utusan Online dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Orando Holdings Sdn. Bhd itu telah memilih tiga video daripada 300 penyertaan untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM1,000 setiap pemenang dan 10 hadiah saguhati berbentuk langganan E-Paper Utusan Malaysia selama setahun.

Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh negara itu bertujuan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan masyarakat khusus dari peringkat sekolah lagi.

Pertandingan akan berlangsung selama setahun dan para peserta boleh menghantar penyertaan melalui laman web www.muhibah.my. - UTUSAN ONLINE