Menurut polis, pengebom berani mati itu menyasarkan kempen pilihan raya anjuran Parti Kebangsaan Awami (ANP) yang sebelum ini pernah menjadi sasaran pengganas berikutan kenyataan tegasnya terhadap kumpulan militan seperti Taliban.

Insiden letupan itu berlaku beberapa jam selepas jurucakap tentera Pakistan mengumumkan bahawa wujudnya ancaman keselamatan menjelang pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai ini.

“Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 13 mangsa, termasuk ahli politik Haroon Bilour,” kata ketua polis bandar Peshawar, Qazi Jameel.

Seramai 54 lagi mangsa cedera dalam insiden tersebut. – AFP