Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

13 barangan termasuk ayam tua di bawah skim kawalan harga sempena Pesta Kaamatan, Gawai

Barang kawalan
HAMZAH Zainudin (duduk tengah) mengumumkan senarai 13 barangan yang dikawal harga sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai dalam sidang akhbar di Kuching, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 barangan keperluan di bawah skim kawalan harga musim perayaan bagi sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai di Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim kawalan harga itu  berkuatkuasa selama seminggu mulai 25 hingga 31 Mei ini di Sabah,  manakala di Sarawak pada 27 Mei hingga 2 Jun depan.

"Penentuan harga maksimum dibuat di peringkat pengeluaran bagi ayam, telur dan khinzir.

"Harga runcit bagi ayam hidup ditetapkan dari RM6.60 sehingga RM8.70 bagi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, harga runcit bagi telur ayam gred A dijual bermula 38 sen hingga 42 sen, manakala kubis bulat import dijual pada harga RM4 hingga RM6.

Katanya, daging khinzir pula dijual pada harga RM18 hingga RM20.

Tambahnya, antara barangan yang berada dalam senarai itu adalah ayam tua hidup yang kerap digunakan oleh penduduk Sarawak bagi meraikan Hari Gawai.

"Ayam tua hidup ini digunakan bagi memasak hidangan tradisional iaitu ayam pansuh.

"Hidangan ini cukup terkenal semasa perayaan Hari Gawai dan barangan ini memang sudah lama diletakkan dalam senarai skim kawalan harga di Sarawak," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain