Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

13 atlet TLDM bakal dinaikkan pangkat

KUALA LUMPUR 14 Sept.- Sebanyak 13 atlet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyumbangkan pingat emas dalam Sukan SEA 2017 baru-baru ini akan menerima kenaikan pangkat dalam masa terdekat.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kenaikan pangkat itu merupakan salah satu usaha menghargai jasa mereka kepada negara.

“Selain memberikan insentif tersebut, kita akan menaikkan pangkat mereka bagi penyumbang pingat pingat emas dan sedang mempertimbangkan ‘hadiah’ untuk penyumbang perak dan gangsa.

“Dalam Sukan SEA 2017 lalu atlet kita telah berjaya menyumbangkan 14 pingat emas, enam perak serta 10 gangsa,” katanya dalam satu majlis di sini hari ini.

Ketika kejohanan tersebut, kontinjen negara muncul sebagai johan keseluruhan dengan memperolehi 145 pingat emas emas. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain