Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemasangan yang mengutamakan kawasan luar bandar itu membabitkan peruntukan sebanyak RM8.59 juta.

“LJK jenis LED dan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) itu dipasang di kawasan strategik terutamanya pada simpang utama jalan dan kawasan-kawasan yang gelap.

“Kerajaan melihat respon rakyat terhadap pemasangan projek LKJ ini amat popular kerana ia menceria dan memeriahkan kawasan kampung,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan LKJ Negeri Johor, di sini sebentar tadi.

Penyerahan tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Awam Bukit Mor. - UTUSAN ONLINE