Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, daripada jumlah itu, 12,490 pelajar merupakan calon Sekolah Kementerian Pendidikan termasuk sekolah agama bantuan kerajaan (483 calon), sekolah menengah kebangsaan (11,391 calon), sekolah menangah kebangsaan agama (401 calon) dan sekolah berasrama penuh (215 calon).

“Selebihnya pula adalah calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) iaitu 294 calon, sekolah swasta (365 calon), sekolah integriti (11 calon) dan lima calon persendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE