Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

13,098 calon duduki UPSR di Melaka

UPSR
KELIHATAN salah seorang calon (tengah) yang menangis akibat terlalu gemuruh untuk menjawab kertas soalan sehingga dipujuk oleh cikgunya semasa Tinjauan para pelajar tahun enam yang menduduki pemeriksaan UPSR 2017 di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh, hari ini. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN

MELAKA 11 Sept. - Sebanyak 13,098 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Melaka yang bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua calon berkenaan terdiri daripada murid tahun enam dari 242 buah sekolah seluruh negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, 9,229 calon merupakan calon sekolah kebangsaan (SK), 2,839 calon sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), 480 calon sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), 480 calon sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM) serta selebihnya 92 calon sekolah swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat calon UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain