Penaung program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau berharap lebih ramai lagi anak didik program Permata Kurnia dapat diserap masuk ke sekolah harian biasa bagi memastikan kanak-kanak yang menghidap autisme ini mendapat pendidikan yang sempurna.

“Saya juga ada menerima cadangan daripada ibu bapa untuk menjalankan Ujian Skala Kepintaran Kanak-Kanak Permata (PCIS) kepada murid-murid Permata Kurnia ini dan sekiranya mereka layak, mereka boleh terus ke Kolej Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Untuk mereka diterima masuk ke aliran perdana, ada pegawai perubatan dan doktor khas yang akan tengok dan pantau dahulu sama ada mereka mampu atau tidak untuk belajar bersama pelajar normal yang lain,” katanya da-lam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Koperasi Polis sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini. - UTUSAN ONLINE