Mereka terdiri daripada sembilan peserta lelaki iaitu Ehab Mohammed Ebrahim Alyan dari Yaman, Muzmil Ahmed Mohammed Ahmed (Sudan), Tijani Mohammed (Ghana), Abdullah Zahir Khamis Al Hosni (Oman), Abdul Rahman AAA Alshuwaie (Kuwait), Omar Fouad Al-Dabbousi (Lebanon), Zaid Hatem Ahmad (Iraq), Omar A.Kh. Alzu’bi (Jordan) dan Ousseini Moussa Abdrahmane (Niger).

Tiga peserta wanita pula terdiri daripada Hajar Fadi Adra dari Lubnan, Maimouna Lo (Senegal) dan Um Salamah Mohammed Saeed Aafa (Sudan).

Pertandingan kategori hafazan yang berlangsung selama dua hari bermula pagi tadi disertai seramai 24 orang yang melepasi tahap sari­ngan dan bertanding di pe­ringkat akhir.

Selain penyertaan hari ini, 12 peserta lagi akan memperde­ngarkan bacaan pada Khamis ini.

MTHQA yang berlangsung dari 7 sehingga 12 Mei ini melibatkan peserta dari 87 buah negara termasuk Malaysia dengan tiga penyertaan baharu iaitu Benin, Niger dan Macedonia.

Penganjuran MTHQA akan dihentikan sementara esok sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).