Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Samsolbari Jamali berkata, nanas yang dimuatkan dalam enam kontena itu dihantar ke Pelabuhan Shenzhen, Shanghai dan Liaoning secara berperingkat-peringkat.

“Nanas kita diterima baik di China sehinggakan mereka mahu kira-kira 20 kontena dihantar dalam seminggu yang hanya untuk satu pelanggan sahaja.

“Sedangkan kita hanya berupaya eksport dalam lingkungan dua kontena sahaja ketika ini menerusi tiga syarikat pengeksport yang dibenarkan selaras dengan Protokol Keperluan Fitosanitasi,” katanya.

Samsolbari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang berkata demikian selepas merasmikan Karnival Agro Usahawan Belia Nanas Komersial di Kampung Parit Haji Ali, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah LPNM, Datuk Mohd. Anim Hosnan dan Ketua Kampung berkenaan, Mohd. Jahid Ghozali. - UTUSAN ONLINE