Program yang diadakan selama tiga jam itu bermula pada pukul 11 pagi diserikan dengan syarahan berkaitan Al-Quran yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji negeri, Datuk Adnan Hashim.

Adnan semasa menyampaikan ucapan perasmian turut mengajak umat Islam untuk sama-sama berinteraksi dengan isi kandungan Al-Quran.

“Semoga segala usaha murni ini menggalakkan kita untuk membaca, memahami, mengamalkan serta menyebarkan segala isi kandungan Al-Quran kepada masyarakat.

“Al-Quran juga hendaklah dijadikan panduan dan benteng membanteras masalah keruntuhan akhlak yang kian menjadi barah dalam masyarakat hari ini,” katanya di sini hari ini.

Pada program tersebut, para peserta bertadabbur dengan surah An-Naml yang mengisahkan budaya membina tamadun dengan mengambil kisah kejayaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman untuk dijadikan iktibar. - UTUSAN ONLINE