Program selama dua hari yang diadakan dengan kerjasama MMC Sdn. Bhd. menampilkan 11 penceramah yang berpengalaman luas dalam sektor hartanah dan kewangan.

Antara penceramah yang akan berkongsi pengetahuan mereka ialah Pengarah Urusan Muhibbin Holiday Sdn. Bhd. Ghazali Ibrahim yang akan berkongsi pengetahuannya mengenai Islam dan Hartanah, manakala Pengasas Ieza Yusof Consultancy Sdn. Bhd., Ieza Yusof akan membincangkan mengenai Asas Kewangan Untuk Beli Rumah.

Selain itu, Pengarah Urusan MediMesra Care Management, Datuk Nor’ashikin Taib akan mengupas topik mengenai Wanita dan Hartanah dan Pengasas komuniti pejuang hartanah Ahyat Khalissabri Ishak yang akan membongkar mengenai 5 Trend Bakal Merubah Pasaran Hartanah Buat Selamanya.

Pada simposium yang diadakan secara percuma itu juga membolehkan peserta menghadiri sesi ‘coaching’ khas bersama penceramah terpilih iaitu Ahyat Khalissabri, Nor’ashikin, Mohd. Amin Mohd. Yusoff dan Abdul Aziz Ahmad hari ini bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

Bayaran pendaftaran bagi sesi tersebut hanya RM50 dan terhad untuk 100 peserta terawal, selain mendapat peluang tambahan mempelajari ilmu hartanah secara lebih dekat, peserta juga akan menerima tawaran eksklusif langganan Akhbar Digital Utusan secara percuma selama dua tahun.

SHU 2017 yang berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang itu menyediakan Mini Studio Utusan buat pengunjung yang berminat untuk mendapatkan khidmat jurugambar profesional dengan bayaran hanya RM5 bagi sekeping gambar berwarna.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti turut dijalankan antaranya jualan harga runtuh produk eksklusif Kumpulan Utusan dan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai barangan elektrik serta banyak lagi untuk dimenangi. - UTUSAN ONLINE