Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, bagaimanapun keadaan kesemua pelajar berusia 17 tahun itu beransur pulih dengan seorang daripadanya telah menamatkan rawatan sehingga sembuh.

"Daripada 11 kes yang dilaporkan, lapan kes melibatkan pelajar lelaki dan tiga kes pula membabitkan pelajar perempuan.

"Kes pertama dikesan pada Jun tahun lalu setelah pelajar lelaki terbabit mengalami batuk berdarah sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut pada 18 Ogos tahun sama.

"Kes terbaharu yang direkodkan pula pada 4 April lalu," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini. - UTUSAN ONLINE