Sherif daerah Stone, Doug Rader berkata, tujuh penumpang dibawa ke hospital susulan insiden tersebut yang berlaku di Tasik Table Rock berhampiran Branson di sini.

Rader dalam sidang media berkata, sekurang-kurangnya 11 maut dalam insiden itu ketika penyelam selesai usaha pencarian sehingga malam dan akan meneruskannya pagi ini.

Kru kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus jam 7 petang selepas ribut membadai kawasan itu, kata jabatan bomba di Twitter. – REUTERS