Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang juga Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut berbasikal sejauh 10km bersama para peserta dari hampir seluruh negara.

Turut menyertai ialah Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Program anjuran Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan itu mencipta sejarah apabila menghimpunkan peserta berbasikal yang hanya terdiri daripada golongan wanita.

Konvoi berbasikal wanita itu turut disertai beberapa artis wanita tanah air antaranya, Datuk Siti Nurhaliza, Vanidah Imran, Jann. - UTUSAN ONLINE