Kesemua mereka terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, kumpulan pancaragam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu bersama kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah.

Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 peringkat negeri, Ariffin Deraman.

Terdahulu, perbarisan yang bermula seawal pukul 7.45 pagi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di dataran tersebut. - UTUSAN ONLINE