Mereka ialah Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif serta dua bekas menteri kabinet, Tun Michael Chen Wing Sum dan Tun S. Samy Vellu yang menerima Darjah Seri Setia Mahkota (SSM), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran ‘Tun’.

Selain Darjah SSM, penganugerahan hari ini turut membabitkan tiga Darjah Panglima Mangku Negara (PMN), 47 Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), 42 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan lapan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD).

Secara keseluruhan, seramai seramai 51 individu dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri.

Antaranya ialah Presiden Mah­kamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN).

Seramai 48 individu pula mene­rima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran yang sama.

Di antara penerima itu ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Penerima lain ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad; Penyim­pan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula disenarai antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenaraikan dua veteran UMNO, Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed.

Turut menerima anugerah itu ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri S. Vigneswaran.

Bagi kategori pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun pula, antara penerima gelaran itu ialah Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie; Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd. Aziz.

Dua panglima daripada perkhid­matan ATM turut mene­rima darjah kebesaran PSM. iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Turut menerima anugerah PSM ialah Naib Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kende­raan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abg Khalid Abg Marzuki; Presi­den dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasio­nal Berhad (PETRONAS), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mangkubumi Sdn. Bhd., Datuk Seri Zainudin Karjan.