KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Bekas Presiden Pertubuhan Komanwel bagi
TUN AHMAD SARJI ABDUL HAMID

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut buat kali pertama hari ini.

Beliau berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua institusi berkenaan untuk sama ada menghantar memorandum atau membentangkan cadangan penstrukturan dan penambahbaikan kepada jawatankuasa tertinggi berkenaan yang akan beroperasi di Istana Negara lama.

“Institusi-institusi ini kami bahagikan kepada lima kluster iaitu pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam, kewangan Islam dan ekonomi, pendidikan Islam, syariah dan perundangan, pertubuhan termasuk politik dan bukan kerajaan.

“Jawatankuasa tertinggi akan beroperasi selama lima bulan dan dalam tempoh tersebut kajian, semakan penstrukturan semula bakal dibuat sebelum satu laporan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada awal 2019,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ahmad Sarji dalam pada itu memberitahu, selain daripada lebih 102 institusi berkaitan Islam itu, jawatankuasa tertinggi tersebut juga terbuka kepada cadangan dan memorandum daripada pertubuhan atau wakil daripada agama lain dan juga orang ramai. - UTUSAN ONLINE