Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 50 trak akan disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) manakala selebihnya oleh Lembaga Permasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Tambah Ahmad Zahid, semua trak perniagaan menjual makanan itu akan di tempatkan di Dataran Bagan Datuk dekat sini untuk aktiviti perniagaan.

"Saya telah memberitahu Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusof supaya membeli 50 trak yang mana peruntukkannya akan diberi kepada YBUDR.

"YBUDR akan bagi trak ini kepada mereka yang layak. Jadi 50 trak oleh YBUDR dan FAMA pun setuju bagi 50 trak. Insya-Allah, dua atau tiga bulan lagi kita akan dapat laksanakan," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketika berucap pada program sembang santai petang bersama anak rantau Rungkup serta penduduk setempat di Simpang Empat, Rungkup dekat sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah, Datuk Hamzah Hussin. - UTUSAN ONLINE