Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka yang terpilih adalah pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah khususnya di kawasan luar bandar.

“Pelajar dari tujuh buah sekolah di daerah ini telah terpilih mengikuti kelas tambahan anjuran bersama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Baling itu.

“Kelas tuisyen secara berpusat yang bakal diadakan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ba­ling itu akan memberi penekanan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu supaya mereka cemerlang dalam subjek teras tersebut.

“Selain memilih pelajar yang da­tang dari keluarga berpendapatan sederhana, kita juga berusaha membantu pelajar bumiputera yang mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana bagi membolehkan mereka mengingkatkan penguasaan dalam mata pelajaran teras tersebut.

“Ini penting kerana akademik merupakan pemangkin kecemerlangan modah insan,” katanya ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat @ KKLW di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

YPM mensasarkan pelaksanaan Program Kelas Tuisyen [email protected] di 162 pusat seluruh negara pada tahun ini membabitkan 148 pusat tuisyen untuk calon SPM, dan 14 pusat tuisyen untuk calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan melibatkan seramai 16,200 orang.

Menurut Abdul Azeez, guru-guru dari MRSM Baling telah dilantik sebagai tenaga pengajar yang akan membantu melonjakkan prestasi 100 pelajar yang telah terpilih mengikuti Kelas Tuisyen Rakyat @ KKLW.

“Oleh itu, saya menasihati semua pelajar yang terlibat supaya mengambil peluang tersebut dan tidak mensia-siakannya supaya pelajaran yang mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan nanti.