Kesemua qari dan qariah tersebut ialah Abdullah Fahmi Che Nor dari Malaysia, Salah Eddine Haissam (Algeria), Magmooda Taliep (Afrika Selatan), Abdellah Lamhioy (Maghribi), Raihana G. Ambangala (Filipina), Mohd. Zuhair Hussaini (Amerika Syarikat), Nay Lin Aung (Myanmar), Muhamad Masud Masruchan (Indonesia), Dayang Nurfaezah Emran (Brunei) dan Mokhtar Dehghan Estajroudi (Iran).

MTHQA yang berlangsung dari 7 sehingga 12 Mei ini menyaksikan penyertaan seramai 90 orang dari 87 buah negara termasuk Malaysia.

Jumlah penyertaan kali ini merupakan yang teramai berbanding tahun sebelumnya di samping penyertaan tiga negara baharu iaitu Benin, Niger dan Mecedonia.

Qari dan qariah yang berjaya menjadi johan bagi kategori tilawah bakal membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Sementara johan hafiz dan hafizah pula akan menerima kepingan emas bernilai 50,000 tajaan Yapeim, wang tunai RM25,000 serta piala iringan. - UTUSAN ONLINE