Kesemua pelajar itu adalah dari Kolej Kediaman Tun Abdul Razak di Kampus Tetap Unimap di Ulu Pauh, Arau dekat sini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin ketika mengesahkan perkara itu berkata, terdapat satu kluster ILI dikesan di kolej berkenaan.

"Seramai 10 kes (pelajar) dikesan mengalami gejala itu daripada keseluruhan yang terdedah seramai 221 orang.

"Sampel calitan tekak telah di ambil untuk dianalisis di makmal," katanya ketika dihubungi, di sini malam ini.

Dr. Zaini memberitahu, sebagai langkah pencegahan, kesemua pelajar terlibat telah hanya dikuarantin di dalam pengawasan warden.

Dalam pada itu, difahamkan, pihak Unimap sedang membuat pemantauan dan saringan kesihatan terhadap pelajar-pelajarnya. - UTUSAN ONLINE