Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, kewujudan SITF relevan kerana berperanan membantu menyelesaikan isu-isu dalam kalangan masyarakat India berkaitan kebajikan dan kewarganegaraan dengan lebih cepat serta efektif.

“SITF berperanan sebagai perantara antara pemohon dan agensi berkaitan terutama dalam menyediakan dokumen atau memberi pengetahuan mengenai kepentingan sesuatu dokumen.

“Dalam isu membabitkan kewarganegaraan, SITF berjaya menyelesaikan sebanyak 7,000 kes dan masih berbaki 4,000 kes yang belum selesai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Khidmat SITF Pahang di Taman Sentosa di sini hari ini. UTUSAN ONLINE