Mereka yang berjaya termasuk Puteri A’teeqah Ayu Mohd. Zaharee, Nurul Izzah Athirah Mohamad Zain, Tengku Sari Anisofea Tengku Sari Affendy, Norfarahin Syamimie Azman, Sharifah Husna Syed Feizal, Nor Syahqilla Hawa N. Saidi, Siti Sarah Mustafa, Nur Atirah Ismail, Nur Diana Shazleen Zaidi dan Nur Shakira Shah Kirit.

Mereka mempamerkan pelbagai persembahan termasuk bakat dalam nyanyian, lakonan, tarian dan mengacara.

Sebanyak lima juri profesional mengadili kesemua peserta diketuai Ketua Pengarang Media House Entertainment (MHE) TV, Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin dalam peringkat separuh akhir di Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarang Mingguan Malaysia Badrul Azhar Abdul Rahman; Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Datuk Micheal Ong; Ketua Pegawai Eksekutif MHE TV, Datuk Seri Zainal Abidin Omar dan Pengasas Produk Kecantikan NON Sdn. Bhd., Chong Yew Khim.

Antara artis-artis yang hadir dan mengadakan persembahan termasuk Fredo daripada Kumpulan Flybaits, Ernie Zakrie, Ummi Nazeera dan Rita Rudaini. - UTUSAN ONLINE