Muslim Rohingya di Myanmar, merupakan minoriti tanpa kerakyatan terbesar di dunia, dengan kira-kira 600,000 orang melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman yang berlaku sejak Ogos lalu.

Jurucakap UNHCR, Adrian Edwards, berkata kira-kira 3.2 juta orang di 75 buah negara yang diketahui tidak memiliki status negara telah didaftarkan oleh kerajaan. - REUTERS