Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu adalah dalam tempoh enam bulan selepas Felda membuka peluang kepada peneroka berkenaan untuk kembali bermuafakat seperti diumumkan pada Sambutan Hari Peneroka 2017, Julai tahun lepas.

"Ini dilakukan kerana kita sebenarnya kasih dan tetap mahu membela nasib semua warga peneroka agar mereka terus mendapat manfaat-manfaat yang kita umumkan.
 
 "Ternyata Alhamdulillah, setelah enam bulan sejak pengumuman itu, seramai 10,338  peneroka  bersetuju kembali bermuafakat menjadikan peneroka yang berada di dalam sistem kewangan Felda yang kini sudah berjumlah 105,294 atau 93.5 peratus daripada keseluruhan peneroka Felda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE