Program yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan kerjasama Yayasan Hasanah (Hasanah), Yayasan Khazanah, Khazanah Research Institute dan Think City serta rangkaian rakan strategik lain bertujuan melakukan kebajikan terhadap orang ramai.

Pelbagai perkhidmatan terma­suk 64 reruai disediakan oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

Selain itu juga, terdapat kaun­ter pemeriksaan kesihatan, pergigian, biasiswa Yayasan Khazanah, bengkel keusahawanan, pertan­dingan dikir barat serta pameran kraf tangan yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Dalam pada itu, peranan Khaza­nah juga sangat besar dalam menyediakan banyak peluang pekerjaan pada masyarakat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hal ini terbukti dengan kecemerla­ngan institusi tersebut me­ngu­ruskan aset negara sehingga memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Khazanah berjaya mencatat­kan keuntungan yang besar sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara dan termasuk dalam aspek menyediakan peluang pe­kerjaan kepada rakyat, latihan kemahiran kepada graduan universiti serta banyak lagi.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak Khazanah kerana sudi memilih UMK sebagai tapak lokasi penganjuran HBR kerana program yang dianjurkan ini hanya terhad diadakan di kawasan tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan HBR di UMK baru-baru ini.

turut hadir ialah Pengerusi Hasanah, Tan Sri Md. Nor Yusoff; Timbalan Pe­ngarah Urusan Kha­zanah, Ahmad Zulqarnain Onn, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bu­nga, Datuk Mohd. Adhan Kechik dan ADUN Kuala Balah, Datuk Ab. Aziz Derashid.

Menurut Mustapa, kehadiran orang ramai juga membuktikan keberkesanan inisiatif kerajaan melalui Kha­zanah dalam me­nyatupadukan masyarakat.

“Kita ingin bangkitkan pera­saan muafakat dalam kalangan rakyat dan UMK juga sebagai institusi ulung di kawasan ini berjaya memasyarakatkan kampus dengan orang awam,” jelasnya.