Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, semua cuti pasukan itu telah dibekukan sejak November lalu.

Serentak dengan itu juga, pihaknya telah mengatur gerak 500 jentera logistik termasuk peralatan marin dan pengangkutan selain mula mengaktifkan tiga pangkalan udara.

“Bagi memantapkan pengurusan banjir, koordinasi dilakukan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan polis untuk mobilasi respon dan bantuan.

“Kita juga mengkordinasikan Pusat Gerakan Operasi (PGO) di 16 buah negeri untuk melaporkan apa-apa perkembangan setiap hari kepada Pusat Pengurusan Operasi di Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang akademik dan latihan pengukuhan di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan JBPM. - UTUSAN ONLINE