Urusan agihan dilakukan selama dua hari termasuk 600 unit pada hari ini dalam majlis yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Mat Jidin Shafee di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dekat sini.

Turut menerima termasuklah 21 orang guru Sekolah Kebangsaan Guntung Luar (SKGL), dan Guru Besarnya Nazri A.Rahman berkata, tablet yang dibekal dengan perisian Tutor Guru dan E-paper Utusan Malaysia memudahkan guru mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran.

"Teknologi di hujung jari ini diharap memberi manfaat yang besar kepada aktiviti 'PdPc'. Penyediaan soalan dan lembaran kerja lebih mudah, berkualiti dan menjimatkan masa.

"Warga SK Guntong Luar  merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, pemimpin peringkat negeri dan daerah kerana sentiasa menghargai peranan guru," katanya. - UTUSAN ONLINE