Program bermula pukul 9 pagi itu dimulakan dengan solat sunat dhuha dibimbing Imam 1 masjid tersebut, Ustaz Ahmad Ismal Hafizul Azim Ismail.

Acara disusuli tadarus al-Quran pada jam 9.15 pagi, majlis khatam al-Quran pada 10.30 pagi diikuti World #QuranHour iaitu acara membaca al-Quran beramai-ramai disertai tadabbur surah.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Roslan Ibrahim; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin. - UTUSAN ONLINE