Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,500 penumpang terkandas akibat masalah bagasi

Bagasi di KLIA tidak terurus dengan baik
Sebahagian daripada bagasi yang didakwa tidak diurus dengan baik di KLIA. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA 17 Mac - Kira-kira 1,500 penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang terkandas sejak pagi ini, selepas 50 penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah pengendalian bagasi oleh syarikat pengendali, AeroDarat Services.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali, berkata masalah itu berpunca akibat kekurangan pekerja syarikat pengendali berkenaan, disebabkan isu jadual dan pertukaran syif petugas.

"Banyak petugas tidak hadir bekerja disebabkan isu berkenaan sehingga menyebabkan timbul masalah pengendalian bagasi ini.

"MAHB sedang membantu pihak pengendali dari semua segi bagi menyelesaikan masalah ini dan ia dijangka akan selesai sepenuhnya hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, MAHB turut menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing jika berdepan masalah penangguhan penerbangan.

Beberapa foto tular di media sosial menunjukkan bagasi yang tidak terurus di KLIA yang didakwa berpunca daripada kekurangan pekerja pengurusan bagasi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain