Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, setakat ini, JBPM negeri memiliki seramai 1,300 anggota, kurang 200 berbanding jumlah diperlukan.

"Johor merupakan negeri yang pesat membangun serta mempunyai pusat perindustrian minyak dan gas di Pengerang, jadi, itu merupakan cabaran kepada pihak bomba.

"200 kekosongan itu akan diisi pada tahun ini dan tahun depan, melibatkan anggota yang sedang mendapatkan latihan di tiga pusat latihan bomba seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri lawatan ke JBPM negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE