Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bagi tempoh sepanjang tahun lepas sehingga Jun lalu, sebanyak 19 kes dikenakan kompaun manakala lima lagi didakwa dan disabitkan kesalahan termasuk media baharu, laman sesawang serta blog.

“Untuk tindakan penutupan, akaun-akaun palsu akan dilaporkan kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial yang kebanyakannya berada di luar negara seperti Facebook dan Twitter berdasarkan pelanggaran terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka sendiri,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE