Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fazli Hasan berkata, inisiatif julung-julung kali itu demi mengetengahkan bakat dan idea golongan itu sekali gus membentuk jati diri tinggi dalam bidang kepemimpinan.

Beliau berkata, program kerjasama Sidang Kemuncak Tenaga Kepimpinan Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (ICLIF) itu akan turut menyatukan kepemimpinan belia parti politik Pakatan Harapan dan pembangkang di negara ini selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kalangan belia.

“Ini penyertaan kali pertama dari luar negara dengan menghimpunkan pelapis muda seperti ahli persatuan belia, mahasiswa dan pelajar kemahiran sebagai satu usaha memperkasakan belia pada masa hadapan. 

“Kita harap program ini juga dapat membuka ruang dan peluang kepada Skuad MBM in Business (MiB300) mengenali dimensi baharu kepimpinan yang lebih dinamik dan global,” katanya dalam sidang akhbar sempena penganjuran program itu di sini hari ini.

Skuad MiB300 adalah sebuah inisiatif daripada MBM bagi melahirkan barisan kepimpinan muda negara pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE