Pengarah Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar berkata, mereka akan menduduki peperiksaan tersebut sehingga 30 November ini

"Perjalanan SPM 2017 di seluruh Putrajaya setakat kini adalah berjalan lancar dan diharapkan keadaan ini berkekalan sehingga tamat peperiksaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan  di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE