Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,289 tablet dibekalkan kepada guru di Rembau

tablet guru
AWALUDIN Said (tengah) dan Zainab Mohamed Shah (lima dari kiri) bergambar bersama wakil yang menerima tablet di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

REMBAU 18 Ogos - Sebanyak 1,289 tablet mengandungi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia akan dibekalkan kepada guru-guru di 40 buah sekolah di daerah ini.

Simbolik penyerahan tablet telah disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said yang menyampaikan gajet tersebut kepada 10 wakil sekolah dalam satu majlis di Pejabat Pendidikan daerah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan negeri, Zainab Mohamed Shah dan Penolong Pegawai Pendidikan daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan), Sufian Shah Hilaluddin. 

Awaludin berkata, pemberian tablet tersebut dapat memudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota mengingatkan guru-guru agar melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan bidang ICT agar mereka tidak ketinggalan berbanding pelajar mereka sendiri. 

"Kebanyakan pelajar pada hari ini mahir dengan ICT, justeru guru-guru jangan sampai pelajar lebih pandai daripada mereka," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini.

Ujarnya, golongan guru juga diminta menerapkan disiplin dan etika penggunaan gajet dalam kalangan pelajar bagi mengelak mereka terpengaruh dengan perbuatan negatif yang berpunca daripada salah guna teknologi.  - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain