Graduan yang terlibat terdiri daripada 122 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, 765 graduan Sijil Kemahiran Malaysia, 308 graduan Sijil Pertanian Malaysia, 45 graduan Sijil Veterinar Malaysia dan 34 Sijil Perikanan Malaysia.

Sijil disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dalam majlis yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pagi ini.

Enam penanugerahan khas juga diberikan iaitu Anugerah Khas Pingat Emas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Anugerah Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Anugerah Khas Pegarah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Anugerah Khas Ketua Pengarah Pertanian, Anugerah Khas Ketua Pengarah Veterina dan Anugerah Khas Ketua Pengarah Perikanan.

Anugerah tersebut diberikan kepada pelajar terbaik berdasarkan kecemerlangan keseluruhan iaitu pencapaian akademik yang tinggi, penglibatan kokurikulum yang aktif dan sumbangan yang releven kepada masyarakat.

Sempena konvokesyen turut diadakan Agro Job Fair melibatkan penyertaan 22 syarikat swasta yang menawarkan 400 peluang pekerjaan dan pakej keusahawanan dalam bidang agro makanan termasuk akuakultur, herba dan ruminan. - UTUSAN ONLINE