Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, secara keseluruhan bantuan itu akan melibatkan pembayaran sebanyak RM485,000.

Katanya, pembayaran itu akan diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan negeri yang diharap dapat dilakukan sebelum perayaan ini.

"Kita berharap proses pembayaran ini akan dapat dilakukan secepat mungkin," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Bulan Ramadan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai 1,531 penerima menerima bantuan sebanyak RM150 seorang. - UTUSAN ONLINE