Program anjuran Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Penyelaras program tersebut, Saadiah Hussin yang juga Ahli Majlis MBJB Zon Taman Suria berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penjagaan kesihatan kerana berdasarkan kajian, hanya kira-kira 15 peratus penduduk negara ini bersenam atau menjalankan aktiviti fizikal untuk kesihatan.

Menurutnya, keadaan itu telah menyumbang terhadap obesiti dan menjadikan negara ini menduduki nombor satu dalam Asia Timur yang rakyatnya alami masalah berkenaan.

“Program ini juga bertujuan mendekatkan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat dengan menyediakan ruang untuk mereka bersosial,” katanya. - UTUSAN ONLINE