Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, daripada jumlah tersebut, pihaknya telah menghadiri sebanyak 607 kejadian kebakaran, 462 kerja-kerja menyelamat dan 101 tugas-tugas khas.

Katanya, dalam tempoh berkenaan, nilai kerugian akibat kebakaran dicatatkan menjangkau RM14 juta dan nilai harta yang dapat diselamatkan adalah RM660 juta.

"Untuk bulan Ramadan tahun ini sahaja iaitu sejak 27 Mei sehingga 18 Jun, kita telah menerima 108 panggilan kecemasan dan menghadiri 58 kejadian kebakaran serta 55 panggilan menyelamat.

"Manakala angka kematian sepanjang tempoh tersebut adalah sembilan orang dan 46 orang cedera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Raya Tahun 2017 JBPM negeri bersama Giant Superstore Tunjung di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE