Setiausaha Kerajaan nege­ri, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata, darjah kebesaran ter­tinggi negeri iaitu Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama bagaimanapun tidak dianugerahkan kepada sesiapa pada sesi penganugerahan tahun ini.

“Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mendahului 12 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena sambutan itu di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Majlis penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan dalam tiga sesi iaitu pada Sabtu ini melibatkan 215 penerima, manakala 432 penerima serta 400 penerima masing-masing pada sesi kedua dan ketiga pada 4 dan 5 November ini.

Dalam pada itu, selain Wan Junaidi yang menerima DGSM yang membawa gelaran Datuk Seri, ia diikuti Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Latif Tamby Chik; ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Syed Nasir dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Turut disenaraikan sebagai penerima DGSM ialah Pengarah Urusan Kumpulan Magna Prima Berhad, Datuk Rahadian Mahmud Mohamed Khalil; Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Soon Tian Szu, Pengarah PDG Property, Datuk Gwee Yew Kiat dan Pengarah Eksekutif EOSH Properties Sdn. Bhd., Ng Kim Leng.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin disenaraikan antara 30 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Antara penerima lain yang turut disenaraikan sebagai pe­nerima DCSM ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi; Ke­tua Setiausaha Kementerian Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek dan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Datuk Iskandar Mohd. Kaus.

Hakim Mahkamah Tinggi Me­laka, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera; Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Saiful Azly Kamaruddin merupakan antara 11 penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datin Halimah Baba; Ketua Pengarah Jabatan Arkib Malaysia, Azemi Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris mendahului senarai 121 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut tersenarai sebagai pe­nerima DPSM ialah Ketua Jurulatih Perseorangan Badminton Wanita Malaysia, Tey Seu Bock; Presiden Persatuan Renang Amatur Melaka, Nawawi Reduan; Pengurus Persatuan Golf Malaysia, Ishak Mohd. Esa; Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Times Sdn. Bhd. dan perunding media, B.Anbumani, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Cetak Star Media Group Berhad, Kan Kin Seong dan Ketua Pengarang China Press Sdn. Bhd., Teoh Yang Khoon.