MACHANG 11 April - Seramai 1,024 graduan akan menerima ijazah dan diploma dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan ke-88, di sini bermula hari ini.
Istiadat konvoksyen selama dua hari itu menyaksikan seramai 473 graduan bakal menerima ijazah sarjana muda dan 551 mahasis amenerima diploma.
Istiadat konvokesyen pagi ini disempurnakan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub.
Sementara itu, seramai 53 graduan menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dan 27 graduan kelas pertama pada konvokesyen itu. - UTUSAN ONLINE