Ketua Pemudanya, Wandi Yaacob berkata, program membabitkan dana sebanyak RM5,000 itu adalah cara pihaknya mendekati masyarakat dan mengurangkan beban ekonomi mereka.

Menurutnya, orang ramai yang datang menyertai program itu turut berpeluang menikmati minuman 100 Plus yang disediakan secara percuma.

“Kira-kira 30 sukarelawan terdiri daripada Pemuda UMNO bahagian hadir membantu melancarkan program ini yang bermula kira-kira pukul 2 petang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ir. Mansor Musa. -UTUSAN ONLINE