Sheikh Ahmad Dusuki
 

 

 Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Shiekh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, program anjuran pihaknya dan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) serta UMNO Bahagian Kota Bharu itu akan membawa lebih 20 institusi pengajian awam dan swasta untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tercicir itu.

“Ini merupakan salah satu hasrat POKB untuk membantu pelajar tercicir menyambung pengajian mereka ke per-ingkat lebih ini.

“Ia selaras dengan saranan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai dan tenaga mahir bagi mengisi keperluan industri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shiekh Ahmad Dusuki memberitahu, beliau menyeru seluruh warga belia Kota Bharu turun melihat peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, program yang bakal berlansung di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Putera itu akan dirasmikan oleh Penaung POKB, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Tambahnya, sebanyak 20 gerai pameran dari pelbagai institusi pengajian awam dan swasta akan memeriahkan karnival berkenaan. - UTUSAN ONLINE