Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,000 pelajar tingkatan empat sertai Petronas All About Youth

Para peserta Petronas AAY 2017 bersedia menghadapi cabaran bagi merebut hadiah wang tunai RM50,000.
Para peserta Petronas AAY 2017 bersedia menghadapi cabaran bagi merebut hadiah wang tunai RM50,000.

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Seramai 1,000 pelajar tingkatan empat dari seluruh negara mengambil bahagian dalam program Petronas All About Youth (AAY) 2017 yang dijalankan buat kali keempat bagi merebut hadiah utama bernilai RM50,000.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Zahariah Abdul Rahman berkata, AAY merupakan program pelaburan sosial korporat (CSI) Petronas yang bermatlamat untuk menyuburkan golongan belia yang serba boleh dalam bidang pembangunan sosial, kesejahte­raan komuniti dan alam sekitar.

Katanya, program ini dibangunkan untuk memperkasa go­longan belia dan pelaksanaannya adalah di sekitar kawasan pengo­perasian Petronas.

“Kami telah melihat banyak projek para pelajar pada masa lalu dan kami berharap dapat melihat lebih banyak cadangan dalam menangani isu-isu komuniti oleh peserta tahun ini,” katanya.

Program ini juga mendapat perakuan daripada Kementerian Pendidikan yang mendukung falsafah pendidikan negara.

Petronas AAY 2017 menerima penyertaan 50 buah sekolah termasuk penyertaan pasukan baharu dari Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Setiap sekolah yang menyertai program ini diwakili 20 pelajar tingkatan empat dan masing-ma­sing telah menghantar cadang­an bagi menangani isu komuniti dalam kawasan mereka.

Menurut Zahariah, geran sebanyak RM1,000 telah diberikan kepada setiap sekolah bagi memulakan projek-projek yang ingin dijalankan.

Katanya, bagi persediaan per­tandingan, para pasukan diberi taklimat menerusi AAY Boot Camp yang dijalankan pada bulan lalu.

Beliau memberitahu, lebih 70 kakitangan Petronas dengan sukarelanya berkhidmat sebagai sahabat kepada pasukan-pasukan yang bertanding selain bertindak memberi bimbingan dan sokongan.

“Setiap pasukan diberi tempoh selama lapan minggu bagi menyiapkan projek-projek akhir mereka dan penjurian adalah ber­dasarkan kreativiti projek, ketulenan, kemampanan, impak kepada komuniti dan kejelasan persembahan projek,” ujarnya.

Zahariah menambah, peringkat akhir program akan diadakan di ibu negara pada November ini bagi meraikan usaha dan kejayaan para peserta.

Katanya, sekolah yang memenangi program ini akan menerima hadiah utama bernilai RM50,000 yang matlamat memperkukuhkan projek-projek yang dijalankan selain membuat pengubahsuaian sekolah.

Sebagai tambahan, katanya, setiap ahli dalam pasukan yang memenangi program ini akan menerima wang tunai dan hadi­ah-hadiah bernilai RM1,000 ma­na­kala peserta yang mendapat tempat kedua menerima RM800 dan RM500 untuk tempat ketiga.

“Pada tahun lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau, Sarawak berjaya dinobatkan sebagai pemenang Petronas AAY edisi All Star mengalahkan 29 buah sekolah lain.

“SMK Tatau melaksanakan pro­jek bertajuk Tandas Hijau iaitu tandas mesra alam yang dibina bagi menjimatkan tenaga dengan menggunakan tenaga suria dan tadahan air hujan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain