Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, bantuan berbentuk beg sekolah serta baucar bernilai RM100 itu disumbangkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan.


“Sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi membeli keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka.


“MIC akan berusaha mengagihkan bantuan persekolahan ini ke seluruh negara dalam masa satu hingga ke dua minggu lagi,” katanya selepas selesai menyampaikan bantuan tersebut di Ibu pejabat MIC, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan. - UTUSAN ONLINE