Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pemberian itu bertujuan membantu meringankan beban lebih ramai ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pendidikan untuk anak-anak.

Katanya, Kuala Nerus merupakan kawasan parlimen ke-51 yang menerima manfaat tersebut daripada keseluruhan 75 kawasan yang disasarkan.

"Saya tengok pelbagai agensi kerajaan atau anak syarikat pusat dan negeri berlumba-lumba turun ke bawah untuk menyumbang, hinggakan saya boleh rasa ada anak-anak yang mungkin telah mendapat lebih daripada satu bentuk bantuan daripada pelbagai pihak menerusi program-program sebegini.

"Inilah perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN), kita bukan sekadar mendengar malah merasai denyut nadi rakyat dengan menzahirkan sumbangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Happy 2 School di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Jelajah program Happy 2 School di negeri ini akan diteruskan lagi esok membabitkan Parlimen Setiu dan Kuala Terengganu. - UTUSAN ONLINE