Ketika kejadian, Zambry yang dalam perjalanan ke Manjung singgah untuk melihat keadaan mangsa kemalangan yang melibatkan dua beradik menaiki motosikal dengan sebuah kereta jenis Hyundai Elentra.

Beliau menenangkan ibu mangsa yang menangis kerana seorang daripada remaja tersebut cedera parah dan terbaring di tepi jalan.

Zambry turut meminta salah seorang pegawai yang mengiringinya menghubungi ambulans untuk membawa dua remaja tersebut ke hospital.

Gambar Zambry membantu mangsa di lokasi kemalangan turut dikongsi dalam laman sosial Facebook, Kelab ADUN Perak. - UTUSAN ONLINE