Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Soe Win Khing cedera di kepala setelah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu Siti Hadijah Ibrahim menghala ke Jalan Kasturi dari Taman Bunga Raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, tiba di lokasi kejadian suspek yang gagal mengawal kenderaannya merempuh basikal ditunggangi mangsa lalu terjatuh di kiri jalan dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang beralamat di Pasar Raya Grand Union Bukit Beruntung, Rawang itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Pemandu kereta yang berusia 43 tahun tersebut tidak mengalami kecederaan dan kenderaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Kaedah Peraturan 10 LN 166/59 untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE