Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 61 tahun yang memandu kereta Nissan Almera terbabas sebelum melanggar tiang di jalan itu hingga mengakibatkan bahagian depan remuk teruk.

Jabatan bomba dan penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.14 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyalamat Johor Bahru dikejarkan ke tempat kejadian.

"Lelaki berkenaan cedera dan berjaya dikeluarkan pukul 3.45 petang sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE